Saturday, March 15, 2014

CINTA ALLAH

Assalamualaikum...salam sejahtera dan salam kasih dri ana..Syukur..sgt2... ana masih diberi peluang untuk mengecapi keindahan di bumi yang fana ini.Ana sering berfikir jika malaikat maut menjemput ana pergi adakah ana sudah bersedia?Jawapannya tentulah tidak..kerana ana masih belum kuat untuk menjawab apa yang ana perbuat di dunia ini.Ana juga sering berfikir jika ana tidur sebelah malam adakah ana diberi peluang untuk bngun keesokan paginya...?Ya Allah...ana tkut jika itu yang terjadi tp semua nya adalah kuasa Allah..dan ana juga sering terfikir jika malaikat maut menjemput ana pada bila-bila masa sahaja dan pada masa yang sama ana belum bersedia...Ya Allah...ana benar2 belum mampu menghadapi itu semua.

Tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang...
Allah masih beri peluang kepada ana untuk terus mencari ilmu Allah..bertapa hebatnya cinta Allah...kn?Tapi ana tkut............entahlah apa yang ana tkutkan tp itulah yang ana rasa sekarang.Mati itu pasti..dan ana tidak tahu bila malaikat maut menjemput ana..Alangkah indah,,jika kita tahu ajal kita bila..Jika kekasih Allah masih bersama kita teringin ana bertemu mendengar sabda2 darinya..Ana begitu rindu untuk berjumpa kekasih Allah Nabi Muhammad pesuruh Allah..tp itu semua dah berlalu...dah berlalu..Sekarang tahun 2014.Dunia semakin tua dan RAGAM MANUSIA semakin menjadi2..Malah banyak berlaku bencana alam dan sebagainya.Manusia mula jauh dri Allah semata2 mengejar cinta dunia.Mereka tidak tahu cinta kepada Allah lebih penting kerana Allah lah pencipta segala2nya...dan ana paling suka baca,dengar khutbah terakhir dari Nabi Muhammad.
Di entri ini ana akan selitkan khutbah terakhir dr Nabi Muhammad.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

*Khutbah terakhir ini ana ambil dr blog Islam2U. Ingatan untuk diri dan sahabat semua.Moga Allah melindungi kita semua dan khutbah terakhir ini dapat dijadikan panduan dan iktibar dalam meneruskan kehidupan sehari-harian.

 

Friday, March 14, 2014

BERSAKIT SAKIT DAHULU DI DUNIA BERSENANG-SENANG DI AKHIRAT

Assalamualaikum...salam sejahtera sahabat semua dan selamat malam..Moga sahabat smua sihat semua..Minggu ini mgu yang sibuk bagi ana...biasalah last week sebelum stdy week memang bnyak test and presentation..syukur sangat2 masih diberi peluang masih dapat menaip apa yang terbuku di hati..di alam maya ini juga lah ana berkata2 sendirian meluahkan apa yang dirasa..baru beberapa hari mengenal agama fitrah..ana mula didatangi dugaan..ana mula cpt mengeluh padahal itu cuma dugaan yang kecil..sedangkan ramai lg yang didatangi dugaan yang lebih hebat lagi...Allah....Allah....Allah.........dugaan yang datang mengingatkan yang ana masih blum kuat lg menghadapi dugaan yang mendatang..Tapi dari situ ana mula mengajar diri ini untuk terus kuat menghadapi apa2 dugaan yang akan datang in sya Allah...bagi ana biarlah ana sakit2 dahulu di dunia bersenang-senang di akhirat.Apalah erti hidup jika di dunia bersenang2 tp di akhirat kelak meratapi kesakitan.
Ana cuma insan biasa...yang mengharap keredhaan dr Allah SWT....
Entri ana mesti pendek2 sj kan hehe..ana bukan lah yang pandai mnulis,,tp ana cuma ingin berkongsi pengalaman ana.
Moga bertemu kembali di coretan akan datang... 

Tuesday, March 11, 2014

KEMBALI KE AGAMA FITRAH

Assalamualaikum..selamat petang sahabat semua..Ya Allah...terima kasih kerana masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini..Entri ana pada kali ini berkisar dengan perjalanan ana menuju agama fitrah iaitu agama Islam.Alhamdulillah...semalam tanggal (10 Mac 2014) ana kembali ke agama fitrah..Ana pun tak sangka secepat ini tp syukur sangat2..ana antara 1 yang terpilih untuk menganuti agama fitrah ini.Bermulah kehidupan ana sebagai seorang mualaf..bermaksud ana akan menempuhi banyak cabaran selepas ini..Ya Allah permudahkanlah urusan ku selepas ini..ana hanya ingin mencari cinta ilahi dan Allah telah hadiahkan ana petunjuk..Allah sayang ana..Allah.....Allah....Allah.......betapa untungnya diri ini.....In sya Allah ana akan cuba yang terbaik...ana tak nak Allah sedih kerana ana..ana juga tak nak ayah dan mak sedih dan kecewa kerana ana..Ana masih tak kuat..tp 1 jak azam ana,ana akan berusaha selagi termampu untuk mengembirakan Allah..ayah..ibu...maafkan ana...
Masih bnyak lagi yang ana perlu pelajari..Rasa tak percaya juga pun ada..hihihihi tp itulah kenyataan..Terasa diri ini makin dekat dengan Allah...kerana itulah tujuan perhijrahan ana..

Allah bersamaku...

   Allah melihatku...

       Allah menyaksikanku...

Friday, March 7, 2014

SYAHDUNYA PETANG INI

ALLAH....ALLAH....ALLAH....
Terima kasih kerana msih diberi peluang merasai nikmat pada hari ini..Ntahlah tiba2 ana rasa sedih petang ini..ana............teringin sgt nak kenali siapa Tuhan ana..dan ptang ini juga naluri ana btul2 lain dri yang lain...ana betul2 nak msuk agama fitrah..agama Islam..Ya Allah...berikanlah ku kekuatan....
 Dan ana betul tersentuh penulisan dari blog seseorang ini.Ana akan sharekan kepada sahabat2 smua..Hayatilah dan selamilah....Copy and paste ja dri blog sesorang ni..

Allah Sayang Aku

Allah sayang aku.
Dia beri aku ibu dan bapa untuk sayang aku. Jaga aku. Didik aku.
Dia juga beri aku kakak dan abang untuk menghiburkan aku.
Tapi kasihan, ada saudaraku hidup sebatang kara. Tanpa sesiapa.

Allah sayang aku.
Dia beri aku makanan. Aku lapar, Allah bagi aku kenyang.
Tapi kasihan saudara-maraku, ramai yang kebuluran.

Allah sayang aku.
Dia beri aku pakain. Walaupun tidaklah secantik mana, aku tak menggigil kesejukan.
Tapi kasihan saudara-mara aku, ramai yang tidak berpakain, menggigil mereka kesejukan.

Allah sayang aku.
Dia beri aku tempat tinggal. Walaupun tidaklah seindah istana, tapi cukup untukku berlindung.
Tapi aku kasihankan saudaraku, ada yang merempat.

Allah sayang aku.
Dia beri aku harta. Aku membeli keperluan asasku dengan harta.
Tapi, kasihan saudaraku. Ada yang terpaksa mengemis jika mahu terus hidup.

Allah sayang aku.
Dia jadikan aku mampu membaca dan menulis. Kerana itu, aku boleh bekerja dengan baik.
Tapi, kasihan. Ada saudaraku yang tak mampu membaca dan menulis kerana terpaksa bekerja sejak kanak-kanak lagi.

Allah sayang aku.
Dia beri aku sahabat. Aku berkongsi suka dan duka dengan mereka.
Tapi, kasihan saudaraku. Ada yang hidup tanpa teman. Sebatang kara.

Allah sayang aku.
Dia beri aku teknologi. Aku berhibur dengan teknologi yang pelbagai ini.
Tapi, aku kasihankan saudaraku. Ada yang terpaksa senyum untuk menghiburkan hati sendiri.

Allah sayang aku.
Dia beri aku macam-macam.
Aku tak mampu kira guna akal,
jadi aku cuba guna kalkulator saintifik, 
ah...math error?
Itu tanda terlalu banyak benda yang telah Allah beri.

Allah sayang aku.
Aku mahu sayang Allah juga.

Allah beri aku macam-macam. Aku pun perlu beri sesuatu!

Aku cuba cari satu hadiah paling istimewa buat-Nya.

Aku belikan teddy bear tercantik.
Mahal. Besar. Bulunya cantik. Wangi.
Allah tak mahu.

Aku belikan perfume terwangi.
Mahal. Cantik. Import dari Amerika.
Allah tak mahu.

Aku belikan gadget tercanggih.
Boleh main game. Boleh access internet. Boleh buat macam-macam.
Allah tak mahu.

Kenapa Allah tak mahu? Aku sayang Kau, Allah!

Hari ni baru aku tahu, apa yang Allah mahu.

Hanya satu.

Allah mahu supaya aku menjadi hamba-Nya yang taat.

Tapi, aku tak boleh.
Kerana aku memang hamba yang pembohong.
Yang aku tahu hanyalah mengatakan cinta, tapi hati dusta.
Yang aku tahu ialah berkata syukur, tapi hati kufur.

Aku bukan hamba yang baik, kan Allah?

Tapi..
Allah, aku mahu menjadi hamba yang baik. Boleh kan?

Terima kasih Allah,
kerana memberi aku kesedaran,
serta memberi aku peluang,
dan kerana tidak menghukum aku atas segala kelalain aku selama ini.

Aku ialah hamba, Engkau ialah Tuhan.


 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku (51;56)