Thursday, March 26, 2015

Allah Memberi Bila Kita sudah Bersedia

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulilah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Masih berpeluang untuk mencipta kenangan di bumi yang fana ini..Syukur...genap setahun sudah bergelar seorang muslim..tak terasa cepat nya masa berlalu terasa baru semalam mengucap kalimah syahadah..Allah...Idea banyak tapi nak tulis tu yang jd masalah hihi tak tahu nak mula dari mana..
Kali ini,ana ingin berkongsi apayg ana alami yang mungkin pernah berlaku dalam hidup kalian..Betullah "Allah memberi bila kita sudah bersedia..
Apa yang berlaku dalam hidup ana,apa yang ana impikan selama ini kini menjd kenyataan..Yup!Tak semudah nak pergi ke tahap ini..2 taun ana berharap, berharap sangat menjawat jwtn dalam suruhanjaya perkhidmatan awam(SPA) akhirnya ana lulus juga temu duga...ramai lg di luar sana berlumba-lumba untuk mdpt pekerjaan di sektor kerajaan dan ana salah seorang yang terpilih..bagi ana ini adalah satu nikmat satu anugerah yang amat besar dr Allah,
3 bulan rasanya ana sudh di kskb kucg ini mgmbil jurusan juruteknologi makmal perubatan..moga niat yang baik Allah permudahkan..dan apa yang berlaku dalam hidup kita semua bersebab..
Sahabat alam maya,chewahhh..hikkss
jangan mudah berputus asa tp berusaha lah untuk mendapatkan apa yang diinginkan..
daa....lain kali entri ana, ana nak cerita kisah di KL..
WAIT! HEHE COMING SOON ...
HATI KU TERTINGAL DI KL...

Saturday, July 5, 2014

Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamuailaikum wbt..
Alhamdulillah atas izinNya ana berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu di ruangan maya ini setelah selama sebulan menyepikan diri..menghilangkan diri.Alhamdulillah..malam ini ana berpeluang utk menjeguk teratak maya ana..hihi..nak kata sibuk tapi tak juga lama dh nak update tp kadang2 masa tak mengizinkan dan tak tahu apa yang nak dikongsikan bersama.
Alhamdulillah...banyak perkara yang dirancang selama sebulan menyepikan diri  telah berjaya diselesaikan.Kursus lanjutan saudara kita di JAIS Kota Samarahan pada 25 June lepas telah ana ikuti..Itulah kursus terakhir bagi ana huhu..rasa rindu nak pergi kursus macam tu lagi pada masa akan datang..Penukaran kad pengenalan ana juga telah diproses.Alhamdulillah..atas izinNya urusan ana dipermudahkan..
Dan istimewanya pada tahun ini ana berpuasa sebagai seorang Islam.In sya Allah ana nak puasa penuh..Baru ana tahu terawih itu hanya ada pada bulan puasa jak..banyak lagi benda yang ana perlu belajar dan belajar..Kadang-kadang ana pernah terpikir ingin lari ke tempat yang tak ada orang langsung ingin menyendiri..mengabdikan diri kepada Allah...tapi itu tak kan pernah terjadi..Semua yang dah berlaku ada hikmahnya.Pernah ana luahkan pada sahabat ana Kak syikin dan kak syikin bagi tahu ana minta lah kekuatan dari Allah nescaya Allah berikan kekuatan kepada hambaNya..Dugaan,ujian,cabaran HARUS dihadapi BUKAN melarikan diri.Mungkin apa yang ana rasa merupakan ujian dari Allah.Ujian itu Tanda Allah Sayang..

Allah......

Allah......

Allah.....

Pada 4 Julai 2014 iaitu hari jumaat ana telah mengikuti  Fardhu Ain Muslimah dan Ustazah Nadiah dijemput bagi memberi ceramah.Topik pada hari Tersebut "Indahnya Ramadhan".
Banyak ilmu yang dikongsi bersama.Antaranya:
 Muslim ibarat SPM,
 Iman ibarat Diploma,
 Bertakwa ibarat Phd.
Bulan puasa ni nak dapatkan sijil?
Sijil Takwa..
Hebatnya puasa pada bulan ramadhan  ni Allah ampunkan dosa dan offer pahala.
Terasa banyak lagi benda nak dikongsikan bersama huhu...p asgmt blom siap lagi..ok lah setakat ni jak yang ana dapatkan kongsikan bersma..

Wednesday, May 14, 2014

MENDIDIK HATI PART 2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,salam sejahtera buat sahabat ana,semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah SWT.Alhamdulillah,diberi izin Allah SWT untuk membuat coretan pada hari ini.In sya Allah..
Dah lama dah ana nak update tp ana tak tahu nak coret apa di teratak maya ini.Dan pada hari ini ana ada kesempatan untuk mencoret sesutu dalam blog ini.Itupun setelah ana menulis dulu apa yang dicoret dalam sehelai kertas.Hehhe...Entri kali ini adalah sambungan untuk entri ana yang sebelum nya iaitu MENDIDIK HATI.
Hati???Susahnya nak jaga hati,mendidik hati supaya hati sentiasa ikhlas,murni,baik dan tidak berniat jahat.Selagi kita bergelar manusia hati kita tak akan pernah sempurna.Dan..hati kita tak pernah menipu.Kalau dibibir cakap sudah memaafkan tetapi dihati masih belum untuk memaafkan.Hati ini kita perlu didik agar hati sentiasa ikhlas.Bagi ana cara untuk mendidik hati,kita perlu dekatkan diri kita dengan Allah.In sya Allah,hati kita akan sentiasa terjaga.Hati kita Allah yang pegang.Jadi,bagi ana selagi Allah dekat dihati kita,hati kita akan sentiasa dilindungi.Setakat ini sahaja yang dapat ana coretkan.Nak coret panjang2 takut apa yang nak disampaikan kepada pembaca tak sampai.Heheh..Diharapkan apa yang ana coretkan ada manfaat kepada sahabat.
Salam perjuangan dari ana..


Friday, April 25, 2014

MENDIDIK HATI PART 1

Bismilahhiramannirahim,
Assalamualaikum..apa kabar iman sahabat?Semoga sahabat semua terpelihara iman..Alhamdulillah,masih ada kesempatan untuk menukilkan coretan di teratak maya ini.Cuti semester lama dh bermula.Nak dikatakan sibuk sepanjang cuti sem ni tak pula sbb bnyak masa yang terluang tp ana tidak tahu apa entri yang ingin dikongsikan bersama.Sebab tu lama x update blog hehe.Minat yang terlalu dalam, dalam bidang penulisan membuatkan ana terus mencoretkan apa yang dirasa dalam teratak maya ini.Even bahasa yang ana guna tidak lah super hebat.Terlalu banyak yang harus diperbaharui lebih-lebih lagi penggunaan bahasa,kadang2 ayat yang ana guna bahasa BUDAK SEKOLAH RENDAH hehehe walaupun ana merupakan pelajar universiti tetepi ana rasa masih ada kekurangan dalam penulisan di blog ini.Okey,ana sebenarnya nak berkongsi dengan sahabat tentang "MENDIDIK HATI".Sukarnya mendidik hati hinggakan kadang kala hati yang bersih mudah berubah.Justeru itu,ana dalam entri kali ini ingin berkongsi perlunya kita mendidik hati kita supaya hati kita sentiasa bersih dan tidak dipalit dengan kejahatan..
Maaf ye entri ana ini setakat ini sahaja,bateri laptop ana dah nak habis..huhuhu..nak tulis panjang pun takut laptop tetiba padam nnti..NANTIKAN entri ana yang seterusnya..yea sahabat

Bersambung...

Saturday, April 19, 2014

KURSUS INTENSIF SAUDARA KITA

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum...Moga sahabat-sahabat berada dalam keadaan terpelihara iman.Alhamdulillah...ana masih ada kesempatan mencoretkan sesuatu dalam diari yang tidak bernyawa ini.
 Tanggal 16 APRIL 2014 ana mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak yang bertempat di Kota Samarahan.Allah telah memudahkan urusan ana..Terima kasih Ya Allah...ana risau sangat2 jika pada hari tersebut tiada orang yang menghantar ana ke tempat tersebut..Ada juga terdetik di hati ana untuk tidak pergi untuk mengikuti kursus tersebut.Tetapi Allah sayang ana,Allah tidak nak ana terus terleka dengan kehidupan duniawi..Akhirnya ana pergi juga dan pada hari tersebut Ustazah ana yang hantar ana ke tempat tersebut..Ya Allah..terima kasih kerana telah memudahkan urusan ana..Budi dan pertolongan yang ustazah dan sahabat2 hulurkan untuk memudahkan urusan penghijrahan ana ini hanya Allah saja yang dapat membalasnya.
Kursus yang ana ikuti ini ada 4 sesi.Sesi yang pertama,pihak penganjur telah menjemput seorang mualaf yang telah memeluk agama Islam untuk berkongsi perjalanan beliau sepanjang menjadi seorang muslim dan beliau juga berbangsa iban sama dengan ana.Maaf..ana ni seorang yang pelupa ana lupa nama penuh beliau..Banyak kata-kata nasihat,dorongan dan semangat yang diberikan oleh beliau kepada kmi.
 Seterusnya,sesi ke-2 pula,fasilitator kmi adalah Ustazah Musyirah.Beliau telah memberi ceramah berkaitan dengan kejadian manusia dan menyentuh tentang perbezaan agama seperti agama pagan,buddha,hindu,kristian dan Islam.Memang semua agama mengajar kebaikan tetapi dalam banyak2 agama hanya 1 agama sebenar iaitu Agama Islam.Ana berkata begini bukannya apa,kerana agama islam hanya ada satu Tuhan iaitu Allah..Tuhan yang Maha Esa.
Kita diciptakan bukan hanya menikmati hidup di duniawi semata-mata tetapi penciptaan kita adalah untuk mengabdikan diri kita kepada Allah..Dari tidak percayakan kewujudan Tuhan kini ana percaya Tuhan itu wujud..ana bersyukur sangat2..hidayah itu milik Allah dan dia akan bagi hidayah itu kepada orang yang dikehendakinya..Allahuakbar..
  Sesi yang ketiga pula,kmi didedahkan dengan cara mengambil wuduk dengan betul dan sesi ke-4 kmi mengambil wuduk dan diajar solat.Kira-kira pukul 2 ptg kursus ini tamat dan sekali lagi ana akan pergi kursus nnti.In sya Allah ana akan pengalaman ana pergi kursus yang seterusnya nnti.
Diharapkan apa yang ana kongsikan bersama ini serba sedikit dapat memberi manfaat kepada sahabat.Segala keburukan datang dri ana sendiri dan segala kebaikan datang dari-Nya.


Saturday, April 5, 2014

MASIH JAUH PERJALANAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Semoga sahabat ana sihat dan diharapkan segala urusan sahabat dipermudahkan..
Alhamdullilah.. masih ada kesempatan untuk mencoretkan apa yang dirasa..walaupun minggu ni minggu final exam..Terima kasih Allah......kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ini..bg ana indahnya bila hati kita,kita serahkan kepada Allah bukan pada manusia..Allah...ana tak sanggup kehilangan cinta-Mu..kalau boleh ana ingin sentiasa dalam cinta-Mu..ana ingin berjihad di jalan mu....Ya Allah....setelah mengenali dirimu,,ana malu ana malu kerna msih belum mampu taat...tapi ana akan pastikn ana istiqomah di jalan-Mu..
Berkali-kali ana mengigatkan diri ini supaya tak mudah jatuh cinta dengan kehidupan dunia tp ternyata iman ini masih tipis.Ternyata diri ini masih jauh perjalanan..ternyata diri ini masih insan yang kerdil yang tak mmpu mengembirakan Allah...Allah,maafkan ana,,Allah sentiasa melihat,Allah sentiasa mendengar dan Allah sentiasa bersamaku..terlalu dalamnya cinta Allah kepada kita.. fikiran bercelaru tp jari jemari masih ingin menaip itulah ana..dalam fikiran mcm2 rancangan yang ingin dibuat..ana bukan penulis yang hebat tapi ana suka bermadah kata ketika hati mula bersuara.Hehe..mesti sahabat pening baca coretan ana,sekjp pgi topik ni lepas tu pergi topik lain pula,,Hihi..entri ana berkisar dengan...la skema pulak dh ayat hihi..

MASIH JAUH PERJALANAN
Dari seorang insan yang tak bertuhan,
Dari seorang insan yang jahil,
Dari seorang insan yang cintakan dunia,
Dari seorang insan yang lalai,

Kini seorang yang sudah mengenali Tuhannya,
Kini seorang yang ingin mengisi hidupnya dengan ilmu agama,
Kini seorang insan yang berusaha untuk tidak cintakan dunia,
Kini seorang insan yang tidak mudah lalai dan leka dengan permainan dunia,
Kini seorang insan yang rindu nak mencium bau syurga,

Ternyata perjalanan masih jauh,
Ternyata kehidupan tak mudah untuk dijalani,
Perlu jalani jua,perlu tempuhi jua,kerana
perjalanan menuju kasihnya banyak dugaan
Kerana itulah cara Allah untuk menguji hambanya.
Allah sayang kita,Allah tak nak kita lalai....
Ayuh.. mari lah kita menuju cinta nya,,kerana cinta nya tak kan mengecewakan kita..walaupun perjalanan masih jauh tapi dalam perjalanan itu lah kita mempelajari sesuatu..sungguh indah kn..hihi,,
Diharapkan apa yang ana coret dapat memberi manfaat kepada sahabat yang singgah di blog ana..

Salam perjuangan,
Nur ain fleycylia Binti Ulin


Saturday, March 15, 2014

CINTA ALLAH

Assalamualaikum...salam sejahtera dan salam kasih dri ana..Syukur..sgt2... ana masih diberi peluang untuk mengecapi keindahan di bumi yang fana ini.Ana sering berfikir jika malaikat maut menjemput ana pergi adakah ana sudah bersedia?Jawapannya tentulah tidak..kerana ana masih belum kuat untuk menjawab apa yang ana perbuat di dunia ini.Ana juga sering berfikir jika ana tidur sebelah malam adakah ana diberi peluang untuk bngun keesokan paginya...?Ya Allah...ana tkut jika itu yang terjadi tp semua nya adalah kuasa Allah..dan ana juga sering terfikir jika malaikat maut menjemput ana pada bila-bila masa sahaja dan pada masa yang sama ana belum bersedia...Ya Allah...ana benar2 belum mampu menghadapi itu semua.

Tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang...
Allah masih beri peluang kepada ana untuk terus mencari ilmu Allah..bertapa hebatnya cinta Allah...kn?Tapi ana tkut............entahlah apa yang ana tkutkan tp itulah yang ana rasa sekarang.Mati itu pasti..dan ana tidak tahu bila malaikat maut menjemput ana..Alangkah indah,,jika kita tahu ajal kita bila..Jika kekasih Allah masih bersama kita teringin ana bertemu mendengar sabda2 darinya..Ana begitu rindu untuk berjumpa kekasih Allah Nabi Muhammad pesuruh Allah..tp itu semua dah berlalu...dah berlalu..Sekarang tahun 2014.Dunia semakin tua dan RAGAM MANUSIA semakin menjadi2..Malah banyak berlaku bencana alam dan sebagainya.Manusia mula jauh dri Allah semata2 mengejar cinta dunia.Mereka tidak tahu cinta kepada Allah lebih penting kerana Allah lah pencipta segala2nya...dan ana paling suka baca,dengar khutbah terakhir dari Nabi Muhammad.
Di entri ini ana akan selitkan khutbah terakhir dr Nabi Muhammad.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

*Khutbah terakhir ini ana ambil dr blog Islam2U. Ingatan untuk diri dan sahabat semua.Moga Allah melindungi kita semua dan khutbah terakhir ini dapat dijadikan panduan dan iktibar dalam meneruskan kehidupan sehari-harian.