Saturday, April 19, 2014

KURSUS INTENSIF SAUDARA KITA

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum...Moga sahabat-sahabat berada dalam keadaan terpelihara iman.Alhamdulillah...ana masih ada kesempatan mencoretkan sesuatu dalam diari yang tidak bernyawa ini.
 Tanggal 16 APRIL 2014 ana mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak yang bertempat di Kota Samarahan.Allah telah memudahkan urusan ana..Terima kasih Ya Allah...ana risau sangat2 jika pada hari tersebut tiada orang yang menghantar ana ke tempat tersebut..Ada juga terdetik di hati ana untuk tidak pergi untuk mengikuti kursus tersebut.Tetapi Allah sayang ana,Allah tidak nak ana terus terleka dengan kehidupan duniawi..Akhirnya ana pergi juga dan pada hari tersebut Ustazah ana yang hantar ana ke tempat tersebut..Ya Allah..terima kasih kerana telah memudahkan urusan ana..Budi dan pertolongan yang ustazah dan sahabat2 hulurkan untuk memudahkan urusan penghijrahan ana ini hanya Allah saja yang dapat membalasnya.
Kursus yang ana ikuti ini ada 4 sesi.Sesi yang pertama,pihak penganjur telah menjemput seorang mualaf yang telah memeluk agama Islam untuk berkongsi perjalanan beliau sepanjang menjadi seorang muslim dan beliau juga berbangsa iban sama dengan ana.Maaf..ana ni seorang yang pelupa ana lupa nama penuh beliau..Banyak kata-kata nasihat,dorongan dan semangat yang diberikan oleh beliau kepada kmi.
 Seterusnya,sesi ke-2 pula,fasilitator kmi adalah Ustazah Musyirah.Beliau telah memberi ceramah berkaitan dengan kejadian manusia dan menyentuh tentang perbezaan agama seperti agama pagan,buddha,hindu,kristian dan Islam.Memang semua agama mengajar kebaikan tetapi dalam banyak2 agama hanya 1 agama sebenar iaitu Agama Islam.Ana berkata begini bukannya apa,kerana agama islam hanya ada satu Tuhan iaitu Allah..Tuhan yang Maha Esa.
Kita diciptakan bukan hanya menikmati hidup di duniawi semata-mata tetapi penciptaan kita adalah untuk mengabdikan diri kita kepada Allah..Dari tidak percayakan kewujudan Tuhan kini ana percaya Tuhan itu wujud..ana bersyukur sangat2..hidayah itu milik Allah dan dia akan bagi hidayah itu kepada orang yang dikehendakinya..Allahuakbar..
  Sesi yang ketiga pula,kmi didedahkan dengan cara mengambil wuduk dengan betul dan sesi ke-4 kmi mengambil wuduk dan diajar solat.Kira-kira pukul 2 ptg kursus ini tamat dan sekali lagi ana akan pergi kursus nnti.In sya Allah ana akan pengalaman ana pergi kursus yang seterusnya nnti.
Diharapkan apa yang ana kongsikan bersama ini serba sedikit dapat memberi manfaat kepada sahabat.Segala keburukan datang dri ana sendiri dan segala kebaikan datang dari-Nya.


No comments:

Post a Comment