Bismillahirrahmanirrahim..Assalamuailaikum wbt..
Alhamdulillah atas izinNya ana berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu di ruangan maya ini setelah selama sebulan menyepikan diri..menghilangkan diri.Alhamdulillah..malam ini ana berpeluang utk menjeguk teratak maya ana..hihi..nak kata sibuk tapi tak juga lama dh nak update tp kadang2 masa tak mengizinkan dan tak tahu apa yang nak dikongsikan bersama.
Alhamdulillah...banyak perkara yang dirancang selama sebulan menyepikan diri telah berjaya diselesaikan.Kursus lanjutan saudara kita di JAIS Kota Samarahan pada 25 June lepas telah ana ikuti..Itulah kursus terakhir bagi ana huhu..rasa rindu nak pergi kursus macam tu lagi pada masa akan datang..Penukaran kad pengenalan ana juga telah diproses.Alhamdulillah..atas izinNya urusan ana dipermudahkan..
Dan istimewanya pada tahun ini ana berpuasa sebagai seorang Islam.In sya Allah ana nak puasa penuh..Baru ana tahu terawih itu hanya ada pada bulan puasa jak..banyak lagi benda yang ana perlu belajar dan belajar..Kadang-kadang ana pernah terpikir ingin lari ke tempat yang tak ada orang langsung ingin menyendiri..mengabdikan diri kepada Allah...tapi itu tak kan pernah terjadi..Semua yang dah berlaku ada hikmahnya.Pernah ana luahkan pada sahabat ana Kak syikin dan kak syikin bagi tahu ana minta lah kekuatan dari Allah nescaya Allah berikan kekuatan kepada hambaNya..Dugaan,ujian,cabaran HARUS dihadapi BUKAN melarikan diri.Mungkin apa yang ana rasa merupakan ujian dari Allah.Ujian itu Tanda Allah Sayang..
Allah......
Allah......
Allah.....
Pada 4 Julai 2014 iaitu hari jumaat ana telah mengikuti Fardhu Ain Muslimah dan Ustazah Nadiah dijemput bagi memberi ceramah.Topik pada hari Tersebut "Indahnya Ramadhan".
Banyak ilmu yang dikongsi bersama.Antaranya:
Muslim ibarat SPM,
Iman ibarat Diploma,
Bertakwa ibarat Phd.
Bulan puasa ni nak dapatkan sijil?
Sijil Takwa..
Hebatnya puasa pada bulan ramadhan ni Allah ampunkan dosa dan offer pahala.
Terasa banyak lagi benda nak dikongsikan bersama huhu...p asgmt blom siap lagi..ok lah setakat ni jak yang ana dapatkan kongsikan bersma..