Saturday, July 5, 2014

Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamuailaikum wbt..
Alhamdulillah atas izinNya ana berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu di ruangan maya ini setelah selama sebulan menyepikan diri..menghilangkan diri.Alhamdulillah..malam ini ana berpeluang utk menjeguk teratak maya ana..hihi..nak kata sibuk tapi tak juga lama dh nak update tp kadang2 masa tak mengizinkan dan tak tahu apa yang nak dikongsikan bersama.
Alhamdulillah...banyak perkara yang dirancang selama sebulan menyepikan diri  telah berjaya diselesaikan.Kursus lanjutan saudara kita di JAIS Kota Samarahan pada 25 June lepas telah ana ikuti..Itulah kursus terakhir bagi ana huhu..rasa rindu nak pergi kursus macam tu lagi pada masa akan datang..Penukaran kad pengenalan ana juga telah diproses.Alhamdulillah..atas izinNya urusan ana dipermudahkan..
Dan istimewanya pada tahun ini ana berpuasa sebagai seorang Islam.In sya Allah ana nak puasa penuh..Baru ana tahu terawih itu hanya ada pada bulan puasa jak..banyak lagi benda yang ana perlu belajar dan belajar..Kadang-kadang ana pernah terpikir ingin lari ke tempat yang tak ada orang langsung ingin menyendiri..mengabdikan diri kepada Allah...tapi itu tak kan pernah terjadi..Semua yang dah berlaku ada hikmahnya.Pernah ana luahkan pada sahabat ana Kak syikin dan kak syikin bagi tahu ana minta lah kekuatan dari Allah nescaya Allah berikan kekuatan kepada hambaNya..Dugaan,ujian,cabaran HARUS dihadapi BUKAN melarikan diri.Mungkin apa yang ana rasa merupakan ujian dari Allah.Ujian itu Tanda Allah Sayang..

Allah......

Allah......

Allah.....

Pada 4 Julai 2014 iaitu hari jumaat ana telah mengikuti  Fardhu Ain Muslimah dan Ustazah Nadiah dijemput bagi memberi ceramah.Topik pada hari Tersebut "Indahnya Ramadhan".
Banyak ilmu yang dikongsi bersama.Antaranya:
 Muslim ibarat SPM,
 Iman ibarat Diploma,
 Bertakwa ibarat Phd.
Bulan puasa ni nak dapatkan sijil?
Sijil Takwa..
Hebatnya puasa pada bulan ramadhan  ni Allah ampunkan dosa dan offer pahala.
Terasa banyak lagi benda nak dikongsikan bersama huhu...p asgmt blom siap lagi..ok lah setakat ni jak yang ana dapatkan kongsikan bersma..

Wednesday, May 14, 2014

MENDIDIK HATI PART 2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,salam sejahtera buat sahabat ana,semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah SWT.Alhamdulillah,diberi izin Allah SWT untuk membuat coretan pada hari ini.In sya Allah..
Dah lama dah ana nak update tp ana tak tahu nak coret apa di teratak maya ini.Dan pada hari ini ana ada kesempatan untuk mencoret sesutu dalam blog ini.Itupun setelah ana menulis dulu apa yang dicoret dalam sehelai kertas.Hehhe...Entri kali ini adalah sambungan untuk entri ana yang sebelum nya iaitu MENDIDIK HATI.
Hati???Susahnya nak jaga hati,mendidik hati supaya hati sentiasa ikhlas,murni,baik dan tidak berniat jahat.Selagi kita bergelar manusia hati kita tak akan pernah sempurna.Dan..hati kita tak pernah menipu.Kalau dibibir cakap sudah memaafkan tetapi dihati masih belum untuk memaafkan.Hati ini kita perlu didik agar hati sentiasa ikhlas.Bagi ana cara untuk mendidik hati,kita perlu dekatkan diri kita dengan Allah.In sya Allah,hati kita akan sentiasa terjaga.Hati kita Allah yang pegang.Jadi,bagi ana selagi Allah dekat dihati kita,hati kita akan sentiasa dilindungi.Setakat ini sahaja yang dapat ana coretkan.Nak coret panjang2 takut apa yang nak disampaikan kepada pembaca tak sampai.Heheh..Diharapkan apa yang ana coretkan ada manfaat kepada sahabat.
Salam perjuangan dari ana..


Friday, April 25, 2014

MENDIDIK HATI PART 1

Bismilahhiramannirahim,
Assalamualaikum..apa kabar iman sahabat?Semoga sahabat semua terpelihara iman..Alhamdulillah,masih ada kesempatan untuk menukilkan coretan di teratak maya ini.Cuti semester lama dh bermula.Nak dikatakan sibuk sepanjang cuti sem ni tak pula sbb bnyak masa yang terluang tp ana tidak tahu apa entri yang ingin dikongsikan bersama.Sebab tu lama x update blog hehe.Minat yang terlalu dalam, dalam bidang penulisan membuatkan ana terus mencoretkan apa yang dirasa dalam teratak maya ini.Even bahasa yang ana guna tidak lah super hebat.Terlalu banyak yang harus diperbaharui lebih-lebih lagi penggunaan bahasa,kadang2 ayat yang ana guna bahasa BUDAK SEKOLAH RENDAH hehehe walaupun ana merupakan pelajar universiti tetepi ana rasa masih ada kekurangan dalam penulisan di blog ini.Okey,ana sebenarnya nak berkongsi dengan sahabat tentang "MENDIDIK HATI".Sukarnya mendidik hati hinggakan kadang kala hati yang bersih mudah berubah.Justeru itu,ana dalam entri kali ini ingin berkongsi perlunya kita mendidik hati kita supaya hati kita sentiasa bersih dan tidak dipalit dengan kejahatan..
Maaf ye entri ana ini setakat ini sahaja,bateri laptop ana dah nak habis..huhuhu..nak tulis panjang pun takut laptop tetiba padam nnti..NANTIKAN entri ana yang seterusnya..yea sahabat

Bersambung...

Saturday, April 19, 2014

KURSUS INTENSIF SAUDARA KITA

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum...Moga sahabat-sahabat berada dalam keadaan terpelihara iman.Alhamdulillah...ana masih ada kesempatan mencoretkan sesuatu dalam diari yang tidak bernyawa ini.
 Tanggal 16 APRIL 2014 ana mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak yang bertempat di Kota Samarahan.Allah telah memudahkan urusan ana..Terima kasih Ya Allah...ana risau sangat2 jika pada hari tersebut tiada orang yang menghantar ana ke tempat tersebut..Ada juga terdetik di hati ana untuk tidak pergi untuk mengikuti kursus tersebut.Tetapi Allah sayang ana,Allah tidak nak ana terus terleka dengan kehidupan duniawi..Akhirnya ana pergi juga dan pada hari tersebut Ustazah ana yang hantar ana ke tempat tersebut..Ya Allah..terima kasih kerana telah memudahkan urusan ana..Budi dan pertolongan yang ustazah dan sahabat2 hulurkan untuk memudahkan urusan penghijrahan ana ini hanya Allah saja yang dapat membalasnya.
Kursus yang ana ikuti ini ada 4 sesi.Sesi yang pertama,pihak penganjur telah menjemput seorang mualaf yang telah memeluk agama Islam untuk berkongsi perjalanan beliau sepanjang menjadi seorang muslim dan beliau juga berbangsa iban sama dengan ana.Maaf..ana ni seorang yang pelupa ana lupa nama penuh beliau..Banyak kata-kata nasihat,dorongan dan semangat yang diberikan oleh beliau kepada kmi.
 Seterusnya,sesi ke-2 pula,fasilitator kmi adalah Ustazah Musyirah.Beliau telah memberi ceramah berkaitan dengan kejadian manusia dan menyentuh tentang perbezaan agama seperti agama pagan,buddha,hindu,kristian dan Islam.Memang semua agama mengajar kebaikan tetapi dalam banyak2 agama hanya 1 agama sebenar iaitu Agama Islam.Ana berkata begini bukannya apa,kerana agama islam hanya ada satu Tuhan iaitu Allah..Tuhan yang Maha Esa.
Kita diciptakan bukan hanya menikmati hidup di duniawi semata-mata tetapi penciptaan kita adalah untuk mengabdikan diri kita kepada Allah..Dari tidak percayakan kewujudan Tuhan kini ana percaya Tuhan itu wujud..ana bersyukur sangat2..hidayah itu milik Allah dan dia akan bagi hidayah itu kepada orang yang dikehendakinya..Allahuakbar..
  Sesi yang ketiga pula,kmi didedahkan dengan cara mengambil wuduk dengan betul dan sesi ke-4 kmi mengambil wuduk dan diajar solat.Kira-kira pukul 2 ptg kursus ini tamat dan sekali lagi ana akan pergi kursus nnti.In sya Allah ana akan pengalaman ana pergi kursus yang seterusnya nnti.
Diharapkan apa yang ana kongsikan bersama ini serba sedikit dapat memberi manfaat kepada sahabat.Segala keburukan datang dri ana sendiri dan segala kebaikan datang dari-Nya.


Saturday, April 5, 2014

MASIH JAUH PERJALANAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Semoga sahabat ana sihat dan diharapkan segala urusan sahabat dipermudahkan..
Alhamdullilah.. masih ada kesempatan untuk mencoretkan apa yang dirasa..walaupun minggu ni minggu final exam..Terima kasih Allah......kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ini..bg ana indahnya bila hati kita,kita serahkan kepada Allah bukan pada manusia..Allah...ana tak sanggup kehilangan cinta-Mu..kalau boleh ana ingin sentiasa dalam cinta-Mu..ana ingin berjihad di jalan mu....Ya Allah....setelah mengenali dirimu,,ana malu ana malu kerna msih belum mampu taat...tapi ana akan pastikn ana istiqomah di jalan-Mu..
Berkali-kali ana mengigatkan diri ini supaya tak mudah jatuh cinta dengan kehidupan dunia tp ternyata iman ini masih tipis.Ternyata diri ini masih jauh perjalanan..ternyata diri ini masih insan yang kerdil yang tak mmpu mengembirakan Allah...Allah,maafkan ana,,Allah sentiasa melihat,Allah sentiasa mendengar dan Allah sentiasa bersamaku..terlalu dalamnya cinta Allah kepada kita.. fikiran bercelaru tp jari jemari masih ingin menaip itulah ana..dalam fikiran mcm2 rancangan yang ingin dibuat..ana bukan penulis yang hebat tapi ana suka bermadah kata ketika hati mula bersuara.Hehe..mesti sahabat pening baca coretan ana,sekjp pgi topik ni lepas tu pergi topik lain pula,,Hihi..entri ana berkisar dengan...la skema pulak dh ayat hihi..

MASIH JAUH PERJALANAN
Dari seorang insan yang tak bertuhan,
Dari seorang insan yang jahil,
Dari seorang insan yang cintakan dunia,
Dari seorang insan yang lalai,

Kini seorang yang sudah mengenali Tuhannya,
Kini seorang yang ingin mengisi hidupnya dengan ilmu agama,
Kini seorang insan yang berusaha untuk tidak cintakan dunia,
Kini seorang insan yang tidak mudah lalai dan leka dengan permainan dunia,
Kini seorang insan yang rindu nak mencium bau syurga,

Ternyata perjalanan masih jauh,
Ternyata kehidupan tak mudah untuk dijalani,
Perlu jalani jua,perlu tempuhi jua,kerana
perjalanan menuju kasihnya banyak dugaan
Kerana itulah cara Allah untuk menguji hambanya.
Allah sayang kita,Allah tak nak kita lalai....
Ayuh.. mari lah kita menuju cinta nya,,kerana cinta nya tak kan mengecewakan kita..walaupun perjalanan masih jauh tapi dalam perjalanan itu lah kita mempelajari sesuatu..sungguh indah kn..hihi,,
Diharapkan apa yang ana coret dapat memberi manfaat kepada sahabat yang singgah di blog ana..

Salam perjuangan,
Nur ain fleycylia Binti Ulin


Saturday, March 15, 2014

CINTA ALLAH

Assalamualaikum...salam sejahtera dan salam kasih dri ana..Syukur..sgt2... ana masih diberi peluang untuk mengecapi keindahan di bumi yang fana ini.Ana sering berfikir jika malaikat maut menjemput ana pergi adakah ana sudah bersedia?Jawapannya tentulah tidak..kerana ana masih belum kuat untuk menjawab apa yang ana perbuat di dunia ini.Ana juga sering berfikir jika ana tidur sebelah malam adakah ana diberi peluang untuk bngun keesokan paginya...?Ya Allah...ana tkut jika itu yang terjadi tp semua nya adalah kuasa Allah..dan ana juga sering terfikir jika malaikat maut menjemput ana pada bila-bila masa sahaja dan pada masa yang sama ana belum bersedia...Ya Allah...ana benar2 belum mampu menghadapi itu semua.

Tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang...
Allah masih beri peluang kepada ana untuk terus mencari ilmu Allah..bertapa hebatnya cinta Allah...kn?Tapi ana tkut............entahlah apa yang ana tkutkan tp itulah yang ana rasa sekarang.Mati itu pasti..dan ana tidak tahu bila malaikat maut menjemput ana..Alangkah indah,,jika kita tahu ajal kita bila..Jika kekasih Allah masih bersama kita teringin ana bertemu mendengar sabda2 darinya..Ana begitu rindu untuk berjumpa kekasih Allah Nabi Muhammad pesuruh Allah..tp itu semua dah berlalu...dah berlalu..Sekarang tahun 2014.Dunia semakin tua dan RAGAM MANUSIA semakin menjadi2..Malah banyak berlaku bencana alam dan sebagainya.Manusia mula jauh dri Allah semata2 mengejar cinta dunia.Mereka tidak tahu cinta kepada Allah lebih penting kerana Allah lah pencipta segala2nya...dan ana paling suka baca,dengar khutbah terakhir dari Nabi Muhammad.
Di entri ini ana akan selitkan khutbah terakhir dr Nabi Muhammad.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

*Khutbah terakhir ini ana ambil dr blog Islam2U. Ingatan untuk diri dan sahabat semua.Moga Allah melindungi kita semua dan khutbah terakhir ini dapat dijadikan panduan dan iktibar dalam meneruskan kehidupan sehari-harian.

 

Friday, March 14, 2014

BERSAKIT SAKIT DAHULU DI DUNIA BERSENANG-SENANG DI AKHIRAT

Assalamualaikum...salam sejahtera sahabat semua dan selamat malam..Moga sahabat smua sihat semua..Minggu ini mgu yang sibuk bagi ana...biasalah last week sebelum stdy week memang bnyak test and presentation..syukur sangat2 masih diberi peluang masih dapat menaip apa yang terbuku di hati..di alam maya ini juga lah ana berkata2 sendirian meluahkan apa yang dirasa..baru beberapa hari mengenal agama fitrah..ana mula didatangi dugaan..ana mula cpt mengeluh padahal itu cuma dugaan yang kecil..sedangkan ramai lg yang didatangi dugaan yang lebih hebat lagi...Allah....Allah....Allah.........dugaan yang datang mengingatkan yang ana masih blum kuat lg menghadapi dugaan yang mendatang..Tapi dari situ ana mula mengajar diri ini untuk terus kuat menghadapi apa2 dugaan yang akan datang in sya Allah...bagi ana biarlah ana sakit2 dahulu di dunia bersenang-senang di akhirat.Apalah erti hidup jika di dunia bersenang2 tp di akhirat kelak meratapi kesakitan.
Ana cuma insan biasa...yang mengharap keredhaan dr Allah SWT....
Entri ana mesti pendek2 sj kan hehe..ana bukan lah yang pandai mnulis,,tp ana cuma ingin berkongsi pengalaman ana.
Moga bertemu kembali di coretan akan datang... 

Tuesday, March 11, 2014

KEMBALI KE AGAMA FITRAH

Assalamualaikum..selamat petang sahabat semua..Ya Allah...terima kasih kerana masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini..Entri ana pada kali ini berkisar dengan perjalanan ana menuju agama fitrah iaitu agama Islam.Alhamdulillah...semalam tanggal (10 Mac 2014) ana kembali ke agama fitrah..Ana pun tak sangka secepat ini tp syukur sangat2..ana antara 1 yang terpilih untuk menganuti agama fitrah ini.Bermulah kehidupan ana sebagai seorang mualaf..bermaksud ana akan menempuhi banyak cabaran selepas ini..Ya Allah permudahkanlah urusan ku selepas ini..ana hanya ingin mencari cinta ilahi dan Allah telah hadiahkan ana petunjuk..Allah sayang ana..Allah.....Allah....Allah.......betapa untungnya diri ini.....In sya Allah ana akan cuba yang terbaik...ana tak nak Allah sedih kerana ana..ana juga tak nak ayah dan mak sedih dan kecewa kerana ana..Ana masih tak kuat..tp 1 jak azam ana,ana akan berusaha selagi termampu untuk mengembirakan Allah..ayah..ibu...maafkan ana...
Masih bnyak lagi yang ana perlu pelajari..Rasa tak percaya juga pun ada..hihihihi tp itulah kenyataan..Terasa diri ini makin dekat dengan Allah...kerana itulah tujuan perhijrahan ana..

Allah bersamaku...

   Allah melihatku...

       Allah menyaksikanku...

Friday, March 7, 2014

SYAHDUNYA PETANG INI

ALLAH....ALLAH....ALLAH....
Terima kasih kerana msih diberi peluang merasai nikmat pada hari ini..Ntahlah tiba2 ana rasa sedih petang ini..ana............teringin sgt nak kenali siapa Tuhan ana..dan ptang ini juga naluri ana btul2 lain dri yang lain...ana betul2 nak msuk agama fitrah..agama Islam..Ya Allah...berikanlah ku kekuatan....
 Dan ana betul tersentuh penulisan dari blog seseorang ini.Ana akan sharekan kepada sahabat2 smua..Hayatilah dan selamilah....Copy and paste ja dri blog sesorang ni..

Allah Sayang Aku

Allah sayang aku.
Dia beri aku ibu dan bapa untuk sayang aku. Jaga aku. Didik aku.
Dia juga beri aku kakak dan abang untuk menghiburkan aku.
Tapi kasihan, ada saudaraku hidup sebatang kara. Tanpa sesiapa.

Allah sayang aku.
Dia beri aku makanan. Aku lapar, Allah bagi aku kenyang.
Tapi kasihan saudara-maraku, ramai yang kebuluran.

Allah sayang aku.
Dia beri aku pakain. Walaupun tidaklah secantik mana, aku tak menggigil kesejukan.
Tapi kasihan saudara-mara aku, ramai yang tidak berpakain, menggigil mereka kesejukan.

Allah sayang aku.
Dia beri aku tempat tinggal. Walaupun tidaklah seindah istana, tapi cukup untukku berlindung.
Tapi aku kasihankan saudaraku, ada yang merempat.

Allah sayang aku.
Dia beri aku harta. Aku membeli keperluan asasku dengan harta.
Tapi, kasihan saudaraku. Ada yang terpaksa mengemis jika mahu terus hidup.

Allah sayang aku.
Dia jadikan aku mampu membaca dan menulis. Kerana itu, aku boleh bekerja dengan baik.
Tapi, kasihan. Ada saudaraku yang tak mampu membaca dan menulis kerana terpaksa bekerja sejak kanak-kanak lagi.

Allah sayang aku.
Dia beri aku sahabat. Aku berkongsi suka dan duka dengan mereka.
Tapi, kasihan saudaraku. Ada yang hidup tanpa teman. Sebatang kara.

Allah sayang aku.
Dia beri aku teknologi. Aku berhibur dengan teknologi yang pelbagai ini.
Tapi, aku kasihankan saudaraku. Ada yang terpaksa senyum untuk menghiburkan hati sendiri.

Allah sayang aku.
Dia beri aku macam-macam.
Aku tak mampu kira guna akal,
jadi aku cuba guna kalkulator saintifik, 
ah...math error?
Itu tanda terlalu banyak benda yang telah Allah beri.

Allah sayang aku.
Aku mahu sayang Allah juga.

Allah beri aku macam-macam. Aku pun perlu beri sesuatu!

Aku cuba cari satu hadiah paling istimewa buat-Nya.

Aku belikan teddy bear tercantik.
Mahal. Besar. Bulunya cantik. Wangi.
Allah tak mahu.

Aku belikan perfume terwangi.
Mahal. Cantik. Import dari Amerika.
Allah tak mahu.

Aku belikan gadget tercanggih.
Boleh main game. Boleh access internet. Boleh buat macam-macam.
Allah tak mahu.

Kenapa Allah tak mahu? Aku sayang Kau, Allah!

Hari ni baru aku tahu, apa yang Allah mahu.

Hanya satu.

Allah mahu supaya aku menjadi hamba-Nya yang taat.

Tapi, aku tak boleh.
Kerana aku memang hamba yang pembohong.
Yang aku tahu hanyalah mengatakan cinta, tapi hati dusta.
Yang aku tahu ialah berkata syukur, tapi hati kufur.

Aku bukan hamba yang baik, kan Allah?

Tapi..
Allah, aku mahu menjadi hamba yang baik. Boleh kan?

Terima kasih Allah,
kerana memberi aku kesedaran,
serta memberi aku peluang,
dan kerana tidak menghukum aku atas segala kelalain aku selama ini.

Aku ialah hamba, Engkau ialah Tuhan.


 ÙˆَÙ…َا Ø®َÙ„َÙ‚ْتُ الْجِÙ†َّ ÙˆَالْØ¥ِنسَ Ø¥ِÙ„َّا Ù„ِÙŠَعْبُدُونِ
Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku (51;56)

Thursday, February 27, 2014

Adakah Tuhan marah ana?

Syukur sangat kerana masih diberi peluang bernafas dibumi Allah ini..Walaupun sibukdenganpresentation,assignment,tutorial,kuiz dan test masih juga ada kesempatan untuk mencoretkan apa yang terbuku di sanubari ana..
Entri ana pada kali adakah Tuhan marah ana??Ana nak kongsi apa yang ana rasa yang betul2 terjadi dalam hidup ana pada hari semalam dan hari ini juga.Semalam ana lewat bangun tidur.Kelas ana pukul 8.So,ana bgun tido pukul 7 lpas tu bersiap siap jam dah nak dekat pukul 7.30 lebih. Ya Allah sempat ke tidak ni.Ana tringatkn kata2 seorang ustazah mengajar IDA dia bgi tahu pengalaman dia terlewat pergi kelas.Lepas tu dia berdoa pada Tuhan jika ilmu ini amat penting bagi sy, permudahkan semuanya.Selepas dia berdoa maka lecturer dia belum smpai lg jd dia sempat la ikut kuliah pda waktu itu.Kira mcm tu  la doa ustazah ana ni td.So ana pun nak bdoa.Ya Allah jika ilmu ni sgt bernilai,permudahkan segalanya,Harap lecturer belum smpai kelas lgi ya Allah.Pada  waktu itu ,terasa perjalanan menuju kelas amatlah jauh padahal sebelum ni pun pergi blok N tak terasa jauhnya.Jadi,sy bgi tahu la kwn sy ni.
Dialog antara ana dan kawan
Ana:Sin(nama kwn ana)nape ye terasa hari ini kita berjalan mcm jauh sgt.Erm,jalan ni tanya kita ye??(sempat lg bergurau)Risau juga ana jika lecturer dh smpai kt kelas kebiasaanya ana prgi awl ke kelas.
Sin:Ahala...selama ni tak juga mcm ni kali jalan tanya kita.Hehehe
Padahal kmi berdua pada waktu itu secepat yang mungkin berjalan tp tak sampai2 juga****
Sesudah tiba di kelas..hehhe...Memang betul la lecturer ana belum smpai lagi.Thank to Allah..bcoz hear my doa..
 Tu kisah ana semalam.
Yang ni kisah hari ini.
Hari khamis biasanya hari akan hujan.Petang ni ada satu kelas jak.Waktu ana pergi kelas tu tba2 hari hujan lebat seblm tu hujan tak lebat sangat.Lepas ana dah melimpasi cafe tgk hari2 dah tak hujan lagi.Pada masa yang sama ana berdoa juga supaya Allah permudahkan sgalanya.Thank to Allah bcoz hear my doa for the second time.Jadi pada waktu tu juga ana pun lalu mencurigai apa yang berlaku.Aik sekjp hujan lebat lps tu tiba2 berhenti.Tuhan ada dengar doa ana ke td????Ya Allah...orang kafir akan berfikir spti itu termasuk ana skli.Lpas tu tba2 hujan lagi hari.Mungkin Allah marah ana kerana curiga,kerana tak percaya akan kekuasaanya..Sungguh jahilnya ana kan..Allah...Allah....Allah...
  Kisah ini bukan rekaan semata-mata tapi itu realiti yang ana sendiri mengalaminya.Konklusinya,dpt ana simpulkan Allah itu mendengar doa2 kita....so prasangka baiklah kepada Allah...


Saturday, February 22, 2014

PELUANG KEDUA

Ya Allah..terima kasih kerana masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini.Sering kali ana terpikir kalau esok lusa nyawa ini dicabut apakah  diri ini dipandang oleh-Nya..Tapi perjalanan ana masih jauh masih belum ketemui destinasi yang ingin dituju.Entah kadang2 ana mengeluh masih tercari2 siapa diri ini.Dah lumrah kehidupan ana insan yang tak sempurna mengeluh walaupun Tuhan sudah membuka jalan.Ana hanya ingin menjadi yang terbaik,ingin dipandang oleh Allah di akhirat kelak.Tapi bekalan belum cukup malah ana masih tergapai2 kesendirian walaupun Allah telah menghantar sahabat2 yang memudahkan perjalanan dengan lancar.Tapi ana belum kuat belum mampu lagi menhadapi apa yan terjadi untuk masa hadapan.Jujur ana akui ana takut menerima azab dari-Nya..Allah...Allah...Allah...
      Banyak pula rintihan ana pada kali ini.Ana memang tak pandai syukur walaupun nikmat sudah dikecapi dari hari ke hari.Jenis manusia apakah ana ini.?Teratak usang ini sudah menjadi teman dikala ana kesendirian.Ingin sekali diri ini bertemu dengan pesuruh Allah...Ingin mendengar suaranya.Tapi apakan daya ana dilahirkan sesudah kepemergiannya.Beruntung jika sesorang itu dilahirkan dalam keluarga Islam.Tetapi tak bermakna orang yang bukan Islam tidak diberi peluang mencari siapa Tuhan mereka sebenar.Itulah yang terjadi pada ana sekarang ini.Di usia yang nak menjangkau 20 tahun ana masih merangkak2 mencari siapa Tuhan ana..Siapa yang sebenarnya yang menciptakan ana.Mati itu pasti.Apa yang ana nak jwb di alam kubur nnti.Hati ini masih kosong.Huh........
    Sebenarnya..apa yang nak dicoretkan ana pada entri kali ini berkenaan dengan peluang kedua.Ana bahagia sngt2 kerana diberi peluang kedua.Jika peluang pertama tak berjaya masih ada lagi peluang kedua menjengah tiba.Maksud ana,ana dipanggil temu duga untuk kali kedua.Jururawat masyarakat..Ana ingin berbakti selagi diri ini masih hidup.
      Bukan itu sahaja ana nak coretkan tetapi peluang kedua yang Allah bagi akan digunakan dengan sebaiknya.Apa yang salah diperbetulkan,apa yang kurang ditambahkan selagi hayat masih ada.Ana malu..ana tak tahu apapun pasal agama.Di usia ini ana baru nak berlumba2 nak mencari ilmu Allah.Ana alpa di usia yang muda mengejar duniawi sedangkan ilmu Allah masih tak dicari.
      Peluang kedua........jika tidak diguna dengan sebaiknya masih ada lagi kah Peluang Ketiga ????????Ana takut....ditemani ulat2,suara yang mengerikan,,Ana tak mampu hadapi itu semua..Ya Allah..........
        Allah Maha Penyayang dan Pengasih..Di saat sedih Allah meniupkan kekuatan untuk menghadipinya.Ana tertarik dengan blog sesorg ni yang Allah bersamaku,Allah melihatku,Allah mendengarku..Ya jujur ana akui semenjak diri ini ingin dekat dengan Allah.Allah hadiahkan ana dengan sahabat yang sedia membimbing.Allah hadiahkan kebahagiaan..Walaupun diri ana merasakan diri ini tak layak hidup di dunia ni tapi Allah sentiasa berada di sisi ana.Sometime,ana dapat rasa kan Allah ada  melihat apa yang ana buat,mendengar rintihan ana.Hati ini masih degil walaupun kenyataan dah terang di depan mata.Itulah dinamakan orang kafir.Alangkah indahnya jika pesuruh Allah masih ada.
    
     Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
        Dia datangkan petir dan kilat,kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya sinar,rupa-rupanya
        Allah nak hadiahkan kita pelangi..(^_^)


Bertemu kembali di entri yang akan datang...
   Selamat malam sahabat...





Tuesday, February 11, 2014

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Selamat petang sahabat..
Baru beberapa hari x jenguk ruangan maya ini dah rindu.................................sgt nak merapu2..hihi.Minggu ni minggu sgt bz bg ana..a lot assigments,quiz n test...but Allah always beside me.
  Entry ana pada kali ini berkenaan dengan ceewaah skema da jak ayat..usaha tangga kejayaan..Ana sgt2 sokong peribahasa ni,ye ke peribahasa.lupa dah..hihi ana sgt2 hppy hari ini sebab usaha ana sebelum ni terbalas juga..td test acc ta percaya dan tak sangka pula ana dapat buat dengan seimbang.Ana percaya sebanyak mana usaha kita sebanyak itu lah hasil akan kita dapat.Belum  pernah lagi ana dengar jikalau orang yang tak berusaha akan mendapat ganjaran yang banyak.Doa ana selama ni dimakbulkan oleh yang Maha Berkuasa..Allah mendengar dan melihat..
  Oleh itu,utk mendapatkan hasil yng lumayan kita digalakkan berusaha selagi termampu.Jgn cepat mengalah selagi ada jalan penyelesaian.Harap2 sem ni ana mmpu membuat yang terbaik untuk final exam coming soon.
  Sesiapa yang singgah dengan sengaja ataupun tidak ke teratak maya ana ini,harap korang tak bosan baca entry ana.(^_^)

Thursday, February 6, 2014

HOBI

Selamat tengah hari sahabat...Entri ana pada kali berkenaan dengan hobi..Mesti korang pun ada hobi yang tersendiri...Chewah...Pada ana hobi ialah sesuatu yang menjadi kegemaran kita pada waktu lapang..Kalau ana,ana suka baca novel ketika santai2.Ayat puitis dari novel kadang kala membuatkan ana ingin bermadah kata merungkai rasa..Heheheh jiwang dah..nak jadi penulis novel un ada gak..hihihi..
   Di ruangan ini juga ana akan masukkan beberapa keping gambar novel kepunyaan ana..

Ana paling minat novel penulisnya Siti Rosmizah.Jalan cerita yang menarik membuatkan ana meminati novel dikarang oleh beliau.

KOLEKSI NOVEL YANG ANA BELI

Kenapa perlunya ada hobi?Pada ana,jika kita mempunyai hobi kita akan dapat menghilangkan tension@stress.Kita
juga dapat memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.
Sampai disini sahaja entri ana pada kali ini.Bye2...sahabat hihihi
 

Wednesday, February 5, 2014

MUSLIMAH SEPARUH HARI

Selamat petang sahabat...ana bukanlah seorang penulis yang hebat..dan ana juga bukanlah seorang yang pandai bermadah ketika menulis..apa yang ana rasa..itulah yang akan ana tulis..kesempatan yang ada digunakan dengan sebaiknya utk mencoretkan apa yang dirasa..jemari kian rancak menaip merapu di teratak maya ini menjadi kegemaran ana...
   Terasa tenang,tak banyak cakap, suka sendiri dikala sehelai tudung labuh menutupi kepala ini..ya Allah rindunya ingin mengenalimu dengan lebih rapat tapi apakan daya kekuatan yang ada cuma sedikit..Ntahlah bila masa lagi ada kesempatan untuk berbuat begitu lagi.Kalau diberi peluang ingin diulangi lagi,syukur...walaupun cuma dapat merasai 'muslimah separuh hari' .
  Setiap apa yang berlaku mestilah ada hikmahnya..merintih sendiri... antara keluarga dan pencipta ya Allah..hamba hanya seorang insan...manusia digalakkan berusaha jika apa yang diusaha itu mampu menjadikan dia lebih baik..ana ingin menjadi seperti itu in sha Allah..
   Kenapa ana dilahirkan kedunia ini?Adakah kelahiran ana ini sekadar cuma dilahirkan merasai kehidupan di duniawi semata-mata..kadang-kadang jika dipikirkan apa yang dah berlaku mesti ada maksud tersembunyi yang harus dirungkai mencari jawapan.Kalau lah kehidupan ini macam kertas soalan..Maksud ana disediakan soalan utk dijawab lepas tu jawapan kita tu salah jd kita  akan cari dan bincang untuk mencari jwapan yang betul. kehidupan ini juga kadang kadang  macam peperiksaan.Antara gagal dan lulus.Mesti korang tak paham apa yang ana ingin sampaikan.Cukuplah ana sj yng tahu..
   Ayah dan mak....maafkan ana sepanjang ana hidup ana hanya pandai menyakiti hati mak dan ayah...Terasa diri ini tak patut dilahirkan.Hidup hanya menyusahkan orang..Dugaan demi dugaan yang datang hanya lah melemahkan semangat tp dugaan itu lah yang mengajar diri ana utk terus sabar dan tabah menghadapinya.Ana takut jika rebah sekali lagi ana tak dapat melaluinya..ya Allah....
   Terasa petang ini ana cuma tahu mengeluh shja. Coretan ini bukanlah untuk meminta simpati tapi coretan ini adalah luahan ana semata-mata.
  

Friday, January 17, 2014

Merindui keluarga di kampung

Selamat pagi sahabat...entri ana pada kali ini tidak lain tidak bukan yng berkenaan dengan waa skema jak ayt hihi merindui kelurga di kampung..teringat cuti tme wktu krismas ana biasanya smbut krismas kt kuching jak p berlainan pada kali ni ana tak meraikan krismas dan ana balik kpg..rindu mak,rindu ayah huahuahuahuah!mcm budak kcik la pulak daa..even though usia dh meningkat msh juga perangai tak mature..(kutuk diri sendiri)
Terasa nak cuti jak...tp wht cn i do?selagi bergelar student slgi itu lah jdual pdat stiap hari..tp tak lama lg dh nak cuti sem just 8 week left..waa..tak sbr nak jumpa mak,ayah..nk  dn merasai udara yang nyaman di kpg..ok laa stkt ni jak entri ana pada kali ni..bertemu kembali kita pada entri yang setrusnya...

Wednesday, January 15, 2014

DARI SEMESTER KE SEMESTER

Selamat pagi sahabat...hihi pagi ni kelas cancel waa bestnya...hihihihihihi
Tak sangka dah semester 3 dah.. cepatnya masa berlalu tak lama lg nak graduate yeah!macam entri yg lepas2 juga sy ni suka merapu2 dlm ruangan maya ini nk hilangkan stress..

SEMESTER 1
Bertemu dengan kengkawan yg lain bangsa dan agama.Pertemuan dan perpisahan.Huh..setiap kali ada pertemuan msti ada perpisahan.Kwn yng selalu bersama pergi meniggalkan diri ni..Rasa nak berhenti jk msa tu..Tapi alang2 dah msuk u kn biarlah berjuang smpai ke garisan penamat kn2..

SEMESTER 2
Dugaan demi dugaan datang melanda.Frust sgt ta dpt pass interview.Kali bukan rezeki..Teruskan perjuangan msuk sem 2..Cabaran sem 2 lebih hebat lg dpda sem 1..mengalah cuma menunjukkn kelemahan jd tutupi kelemahan dengan keberanian dan keyakinan.Yakin boleh!

SEMESTER 3
Dah msuk sem 3 rupanya hihi..hari yang dah berlalu biarkan berlalu,hari ni biarlah diguna dengan sebaiknya,hari yang mendatang biarlah ditempuhi dengn kesabaran..nk succes dlm sem 3 ni..

Coretan sekadar coretan.Tatkala tangan menaip, diam tak berkutik idea datang menjengah lahirlah coretan yng merapu2 hihi..


Sunday, January 12, 2014

TAHUN BARU AZAM BARU

Selamat petang shbt smua..bertemu kembali kita pada tahun ini iaitu tahun 2014.Syukur sgt2..diberi peluang oleh-Nya masih mampu utk mnulis coretan d ruangan maya ini dan syukur sgt2 kerna masih bernafas d bumi yang fana ini..Rindu sangaaaatttttttt nak merapu d blog yg usang ini hihihi..
Berbalik kepada topik  yang mahu dikongsi bersama sy nk bgtahu sdikit ttg azam sy d tahun yang baru ini.Harap sesiapa yng singah d blog sy ni tak boring membaca luahan dri hati ini..
Azam???
1)Succes dalam semua bidang yang diceburi
2)Ingin memperbaiki diri sendiri dr smua aspek
3)Tidak mudah berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu perkara
4)Berpandangan jauh seiring dengan status sebagai seorang mahasiswi yang menuntut ilmu

Setakat ni saja coretan ana pada kali ini..Bye2 smua hihi