Friday, April 25, 2014

MENDIDIK HATI PART 1

Bismilahhiramannirahim,
Assalamualaikum..apa kabar iman sahabat?Semoga sahabat semua terpelihara iman..Alhamdulillah,masih ada kesempatan untuk menukilkan coretan di teratak maya ini.Cuti semester lama dh bermula.Nak dikatakan sibuk sepanjang cuti sem ni tak pula sbb bnyak masa yang terluang tp ana tidak tahu apa entri yang ingin dikongsikan bersama.Sebab tu lama x update blog hehe.Minat yang terlalu dalam, dalam bidang penulisan membuatkan ana terus mencoretkan apa yang dirasa dalam teratak maya ini.Even bahasa yang ana guna tidak lah super hebat.Terlalu banyak yang harus diperbaharui lebih-lebih lagi penggunaan bahasa,kadang2 ayat yang ana guna bahasa BUDAK SEKOLAH RENDAH hehehe walaupun ana merupakan pelajar universiti tetepi ana rasa masih ada kekurangan dalam penulisan di blog ini.Okey,ana sebenarnya nak berkongsi dengan sahabat tentang "MENDIDIK HATI".Sukarnya mendidik hati hinggakan kadang kala hati yang bersih mudah berubah.Justeru itu,ana dalam entri kali ini ingin berkongsi perlunya kita mendidik hati kita supaya hati kita sentiasa bersih dan tidak dipalit dengan kejahatan..
Maaf ye entri ana ini setakat ini sahaja,bateri laptop ana dah nak habis..huhuhu..nak tulis panjang pun takut laptop tetiba padam nnti..NANTIKAN entri ana yang seterusnya..yea sahabat

Bersambung...

Saturday, April 19, 2014

KURSUS INTENSIF SAUDARA KITA

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum...Moga sahabat-sahabat berada dalam keadaan terpelihara iman.Alhamdulillah...ana masih ada kesempatan mencoretkan sesuatu dalam diari yang tidak bernyawa ini.
 Tanggal 16 APRIL 2014 ana mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak yang bertempat di Kota Samarahan.Allah telah memudahkan urusan ana..Terima kasih Ya Allah...ana risau sangat2 jika pada hari tersebut tiada orang yang menghantar ana ke tempat tersebut..Ada juga terdetik di hati ana untuk tidak pergi untuk mengikuti kursus tersebut.Tetapi Allah sayang ana,Allah tidak nak ana terus terleka dengan kehidupan duniawi..Akhirnya ana pergi juga dan pada hari tersebut Ustazah ana yang hantar ana ke tempat tersebut..Ya Allah..terima kasih kerana telah memudahkan urusan ana..Budi dan pertolongan yang ustazah dan sahabat2 hulurkan untuk memudahkan urusan penghijrahan ana ini hanya Allah saja yang dapat membalasnya.
Kursus yang ana ikuti ini ada 4 sesi.Sesi yang pertama,pihak penganjur telah menjemput seorang mualaf yang telah memeluk agama Islam untuk berkongsi perjalanan beliau sepanjang menjadi seorang muslim dan beliau juga berbangsa iban sama dengan ana.Maaf..ana ni seorang yang pelupa ana lupa nama penuh beliau..Banyak kata-kata nasihat,dorongan dan semangat yang diberikan oleh beliau kepada kmi.
 Seterusnya,sesi ke-2 pula,fasilitator kmi adalah Ustazah Musyirah.Beliau telah memberi ceramah berkaitan dengan kejadian manusia dan menyentuh tentang perbezaan agama seperti agama pagan,buddha,hindu,kristian dan Islam.Memang semua agama mengajar kebaikan tetapi dalam banyak2 agama hanya 1 agama sebenar iaitu Agama Islam.Ana berkata begini bukannya apa,kerana agama islam hanya ada satu Tuhan iaitu Allah..Tuhan yang Maha Esa.
Kita diciptakan bukan hanya menikmati hidup di duniawi semata-mata tetapi penciptaan kita adalah untuk mengabdikan diri kita kepada Allah..Dari tidak percayakan kewujudan Tuhan kini ana percaya Tuhan itu wujud..ana bersyukur sangat2..hidayah itu milik Allah dan dia akan bagi hidayah itu kepada orang yang dikehendakinya..Allahuakbar..
  Sesi yang ketiga pula,kmi didedahkan dengan cara mengambil wuduk dengan betul dan sesi ke-4 kmi mengambil wuduk dan diajar solat.Kira-kira pukul 2 ptg kursus ini tamat dan sekali lagi ana akan pergi kursus nnti.In sya Allah ana akan pengalaman ana pergi kursus yang seterusnya nnti.
Diharapkan apa yang ana kongsikan bersama ini serba sedikit dapat memberi manfaat kepada sahabat.Segala keburukan datang dri ana sendiri dan segala kebaikan datang dari-Nya.


Saturday, April 5, 2014

MASIH JAUH PERJALANAN

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Semoga sahabat ana sihat dan diharapkan segala urusan sahabat dipermudahkan..
Alhamdullilah.. masih ada kesempatan untuk mencoretkan apa yang dirasa..walaupun minggu ni minggu final exam..Terima kasih Allah......kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ini..bg ana indahnya bila hati kita,kita serahkan kepada Allah bukan pada manusia..Allah...ana tak sanggup kehilangan cinta-Mu..kalau boleh ana ingin sentiasa dalam cinta-Mu..ana ingin berjihad di jalan mu....Ya Allah....setelah mengenali dirimu,,ana malu ana malu kerna msih belum mampu taat...tapi ana akan pastikn ana istiqomah di jalan-Mu..
Berkali-kali ana mengigatkan diri ini supaya tak mudah jatuh cinta dengan kehidupan dunia tp ternyata iman ini masih tipis.Ternyata diri ini masih jauh perjalanan..ternyata diri ini masih insan yang kerdil yang tak mmpu mengembirakan Allah...Allah,maafkan ana,,Allah sentiasa melihat,Allah sentiasa mendengar dan Allah sentiasa bersamaku..terlalu dalamnya cinta Allah kepada kita.. fikiran bercelaru tp jari jemari masih ingin menaip itulah ana..dalam fikiran mcm2 rancangan yang ingin dibuat..ana bukan penulis yang hebat tapi ana suka bermadah kata ketika hati mula bersuara.Hehe..mesti sahabat pening baca coretan ana,sekjp pgi topik ni lepas tu pergi topik lain pula,,Hihi..entri ana berkisar dengan...la skema pulak dh ayat hihi..

MASIH JAUH PERJALANAN
Dari seorang insan yang tak bertuhan,
Dari seorang insan yang jahil,
Dari seorang insan yang cintakan dunia,
Dari seorang insan yang lalai,

Kini seorang yang sudah mengenali Tuhannya,
Kini seorang yang ingin mengisi hidupnya dengan ilmu agama,
Kini seorang insan yang berusaha untuk tidak cintakan dunia,
Kini seorang insan yang tidak mudah lalai dan leka dengan permainan dunia,
Kini seorang insan yang rindu nak mencium bau syurga,

Ternyata perjalanan masih jauh,
Ternyata kehidupan tak mudah untuk dijalani,
Perlu jalani jua,perlu tempuhi jua,kerana
perjalanan menuju kasihnya banyak dugaan
Kerana itulah cara Allah untuk menguji hambanya.
Allah sayang kita,Allah tak nak kita lalai....
Ayuh.. mari lah kita menuju cinta nya,,kerana cinta nya tak kan mengecewakan kita..walaupun perjalanan masih jauh tapi dalam perjalanan itu lah kita mempelajari sesuatu..sungguh indah kn..hihi,,
Diharapkan apa yang ana coret dapat memberi manfaat kepada sahabat yang singgah di blog ana..

Salam perjuangan,
Nur ain fleycylia Binti Ulin